Friday, August 26, 2016

ZAHID HAMIDI HARUS LETAK JAWATAN, DAKWA KETUA POLIS NEGARA TERLIBAT DALAM KONSPIRASI JATUHKAN PERDANA MENTERI?? #1MDB


Hari ini hampir disahihkan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bahawa terdapat seorang lagi Tan Sri terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden UMNO.

Berita tersebut disiarkan di Buletin Utama TV3 malam tadi jam 8 malam.

Pada 26 Julai 2016 lalu, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah melaporkan satu aduan berkaitan 3 orang kenamaan bergelar Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Presiden UMNO namun aduan tersebut telah dinafikan untuk siasatan oleh Ketua Polis Negara.

Dakwaan tersebut menjurus kepada keperluan untuk menghapuskan ancaman birokrasi yang mampu gugat kedudukan Presiden UMNO. Sikap Ketua Polis Negara yang membentengi/COVERLINE sesiapa sahaja yang disyaki berniat untuk mendedahkan sebarang salah laku oleh Presiden UMNO daripada didakwa dan dipenjarakan dilihat seperti pemimpin UMNO sebagai pengkhianat.

PDRM adalah sebuah jabatan yang diletakkan di bawah KDN yang dipimpin oleh Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Selain daripada bertanggungjawab terhadap jabatan tersebut, beliau juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ketua Polis Negara.

Justeru jika isu ini harus melalui satu proses siasatan, adalah relevan agar Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Seandainya beliau enggan berbuat demikian, siasatan akan dilihat prejudis dan tidak boleh dipercayai.

Dalam masa yang sama, Hishammuddin Tun Hussein layak memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri...memandangkan beliau adalah salah seorang Naib Presiden UMNO yang mengikut ranking. Beliau juga telah memimpin beberapa kementerian sebelum ini yang mempunyai rekod yang sangat cemerlang. Beberapa menteri yang lain juga layak untuk dipertimbangkan memimpin KDN supaya lebih berani dalam membuat sebarang kerja mahu pun keputusan, sehinggalah siasatan ke atas isu Tan Sri-Tan Sri ini selesai.

Presiden UMNO harus ditunjangi oleh para pemimpin UMNO yang setia dan memiliki semangat setiakawan yang tinggi. Jangan hanya pandai bercakap saya sokong sepenuh hati, hakikat sebenarnya tikam belakang.