Monday, February 25, 2013

BAPAK BANGANG! MAIN DENGAN ANAK SENDIRI!!!


SUNGAI PETANI – “Perbuatan kamu ini umpama haruan makan anak dan ibarat harapkan pagar, pagar makan padi,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Rusita Md Lazim ketika menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap lelaki berusia 49 tahun yang didapati bersalah merogol anak kandungnya pada 2002 hingga 2008.

Tertuduh, bekas pengawal keselamatan didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Kupang, Baling, mulai 2002 hingga 2008.

Tertuduh berusia 42 tahun manakala anak perempuannya berusia tujuh tahun ketika kejadian pertama berlaku ditahan pada 7 Mei 2008 selepas mangsa yang pada masa itu berusia 13 tahun membuat laporan di Balai Polis Kupang bersama keluarganya.

Rusita berkata, pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mendapati tertuduh bersalah kerana merogol dan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadilah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rusita berkata, hukuman itu setimpal dengan perbuatan tertuduh yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terutama mangsa yang masih terlalu kecil ketika kejadian.

“Kamu sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak, tetapi melakukan perbuatan keji dan kejam terhadap mereka, malah kamu tidak menghiraukan sedikit pun jeritan kesakitan anak kecil ketika melakukan perbuatan itu,” katanya.

Sementara itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan sumbang mahram terhadap seorang lagi anak perempuannya pada 2008 di rumah sama.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Kes itu akan disebut semula pada 23 Ogos ini. – Maklumat


RB "macam-macam...koje giler!!"

SEKSINYA SITI SALEHA

Lain pula wajah Siti Saleha bila RB melihat majalah Cosmopolitan edisi terbaru bulan ni. Kalau kita lihat, artis cantik molek dan comel ini berkulit putih tapi dalam majalah ni hitam manis pulak. Mungkin warna photoshop disesuaikan dengan warna rambutnya kot.

Edisi Mac majalah Cosmopolitan ini menampilkan pelbagai isu menarik yang dikupas, pastikan korang dapatkan di pasaran segera.



RB "pisang goreng panassssssss..."

RITA RUDAINI BAKAL DICERAIKAN BULAN INI?


Pada 25 Februari ini, Aidil Zafuan di’laporkan ada memfailkan permohonan cerai yang di’jangka bakal menjadi hari yang penting buat beliau & isterinya ketika ini, Rita Rudaini.

Memetik laporan Berita Harian, Rita Rudaini berkata yang beliau sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.

“Namun, Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema,” ujar Rita Rudaini.

Aktress ini mendakwa telah menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.

Menurut e-mail tersebut, Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah merancang untuk berkahwin pada Julai 2013 selepas menceraikan Rita Rudaini.

“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah”


RB nak try Rita pulak lah...Keh3