Tuesday, May 10, 2016

Menteri UMNO Buat Duit Dengan Pemimpin DAP..?? Mana Slogan Bantu RAKYAT..?? @SanjeevanSSS @malaysiakini @myBankRakyat @mykpdnkk

Menteri KPDNKK

Mungkin ramai yang tau...UMNO sekarang sudah menjangkau umurnya 70 tahun. Tapi adakah ahli dan pemimpinnya otak depa macam usia UMNO itu sendiri atau pun depa nie jenis ikut suka depa saja??

Mungkin ramai yang tau, disetiap Kementerian di Malaysia ada agensi atau anak syarikat di bawahnya. Di mana tugasnya untuk memberikan pulangan serta perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Seperti di bawah KPDNKK, salah satu agensinya Bank Rakyat.

Bank Rakyat adalah sebuah syarikat milik koperasi di bawah KPDNKK dan menterinya adalah seperti gambar yang aku sharekan di atas. Baru-baru ini ada sumber bagi tau aku, Bank Rakyat ada menawarkan tender untuk sistem perbankkan .

Tender terbuka ini banyak syarikat dari dalam dan luar negara masuk untuk memberikan perkhidmatan yang ditawarkan. Apa yang aku tertarik dengan sumber dalaman yang diberikan, ada satu syarikat yang boleh dikatanya telah 'KAWTIM' dengan Menterinya supaya tender ini 'DIHADIAHKAN' pada mereka.  Syarikat tersebut dari SILVERLAKE..??

Menurut sumber dalaman itu juga bagi tau syarikat ini mempunyai hubungan kuat dengan Tony Pua Ahli Parlimen DAP. Malah pada 2014 isu mengenai skandal Tony Pua dengan syarikat ini pernah dibangkitkan di dalam media sosial, hingga sekarang senyap macam tu jer. 'KAWTIM' selesai kaaa..??


Yang menjadi persoalannya sekarang, benarkah  jumlah harga tender yang ditawarkan oleh Silverlake mencecah RM setengah Billion..?? Jika benar, SILVERLAKE dilihat meletakkan harga yang tidak munasabah..adakah Bank Rakyat tidak menyahut seruan Najib yang mahu Kerajaan dan agensinya bersikap jimat dalam pembelanjaan..??

Aku harap news dari sumber dalaman ini tidak benar, Bank Rakyat harus tampil memberikan penjelasan, jangan sampai rakyat pun tak percaya dengan sistem perbankkan di bawah Kerajaan. Atau pun jika benar SILVERLAKE menang tender ini, adakah Menterinya atau sekutunya sudah terhutang budi atas 'jasa' yang dicurahkan pada mereka..???


Jenuhlah pemimpin UMNO macam nie, ramai yang pertahankan bangsanya sendiri, tapi ada juga yang bersekongkol dengan musuh sendiri demi beberapa suap kali nasi dalam perut mereka. Aku harap SPRM cuba-cubalah tengok sektor perbankkan nie jugak yer. Jangan terlepas pandang...!!

KLIK SINI dan SINI JUGA

No comments: